Apakah yang Dilakukan
oleh Penganut Bahá’í

Kepercayaan dalam Tindakan

Di seluruh dunia, orang ramai daripada semua peringkat umur, agama dan latar belakang terlibat dalam proses pembangunan komuniti berdasarkan ajaran Bahá'u'lláh yang menyatukan manusia.

Melalui proses pembelajaran, musyawarah, tindakan dan renungan dalam semangat berdoa, anak-anak, belia, dan orang dewasa terlibat dalam perkembangan rohani mereka sendiri. Mereka menerokai konsep rohani bersama-sama dan menerapkannya dalam komuniti mereka sendiri. Keupayaan untuk berkhidmat dikembangkan dan tindakan kolektif yang semakin kompleks menjadi mungkin.  Transformasi diri dan masyarakat berlaku seiring.

Kami menjemput anda untuk bertemu orang Bahá'í untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Akidah Bahá'í. Mari kita berbual tentang cabaran yang kita hadapi, keluarga kita dan kejiranan kita dan bekerjasama untuk menyumbang kepada kebaikan komuniti kita. 

Kami mengalu-alukan anda untuk menghadiri perjumpaan doa, kumpulan belajar, program pemerkasaan untuk belia dan kanak-kanak. Tidak ada keperluan untuk menjadi anggota komuniti Bahá'í untuk menyertai aktiviti-aktiviti ini.  Semua dialu-alukan.

Menyumbang kepada Kehidupan Masyarakat

Orang-orang Bahá'í bekerjasama dengan jumlah gerakan, organisasi, dan individu yang semakin meningkat yang memajukan perpaduan, mempromosikan kebajikan manusia, dan menyumbang kepada perpaduan dunia. Dalam memilih bidang yang sesuai untuk bekerjasama, orang-orang Bahá’í mengingati prinsip yang termaktub dalam ajaran mereka, bahawa sarananya harus selaras dengan hasilnya; bahawa matlamat mulia tidak dapat dicapai melalui cara yang tidak layak.

Tegasnya, tidak mungkin untuk membina perpaduan yang berkekalan melalui usaha yang melibatkan pertikaian atau anggapan bahawa wujudnya konflik dalam kepentingan masing-masing yang mendasari interaksi manusia. Oleh itu, orang-orang Bahá'í tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam parti politik, kegiatan membangkang kerajaan, atau kegiatan ganas atau hasutan.


Orang-orang Bahá'í melibatkan diri dalam tindakan sosial untuk mempromosikan kesejahteraan sosial dan kebendaan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat, tidak kira apa kepercayaan atau latar belakang mereka. Usaha sedemikian didorong oleh keinginan untuk berkhidmat kepada manusia dan menyumbang kepada perubahan sosial yang membina. Tindakan sosial dijalankan dengan keyakinan bahawa setiap populasi sepatutnya dapat menggariskan jalan kemajuan sendiri. Perubahan sosial bukanlah projek yang sekumpulan orang jalankan demi kepentingan orang lain. Fokus utama tindakan sosial adalah untuk membina keupayaan dalam individu dan komuniti agar turut serta dalam mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik.


Satu aspek usaha komuniti Bahá’í untuk menyumbang kepada kebaikan dunia adalah melalui penyertaan dalam wacana masyarakat.

Tujuan penyertaan Bahá’í dalam wacana bukan untuk membujuk orang lain agar menerima pendapat Bahá'í pada subjek tertentu. Orang-orang Bahá'í tidak menetapkan apa-apa penyelesaian khusus kepada masalah yang dihadapi oleh manusia, seperti perubahan iklim, kesihatan wanita, pengeluaran makanan, atau pengurangan kemiskinan, mahupun usaha dijalankan sebagai aktiviti perhubungan awam atau latihan akademik. Sebaliknya, orang-orang Bahá’í berusaha untuk belajar dan mengadakan perbualan yang tulen. Orang-orang Bahá'í bersemangat untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dalam usaha mereka sendiri untuk menerapkan ajaran Bahá'u'lláh ke arah kemajuan tamadun dan untuk belajar dengan dan daripada individu-individu dan kumpulan-kumpulan lain yang berfikiran sama.