Petikan-petikan
Doa dan Tulisan Suci

Tulisan Suci

Cinta

“Jika timbul fikiran untuk berperang, lawanlah fikiran itu dengan fikiran perdamaian yang lebih kuat. Suatu fikiran benci harus dimusnahkan dengan fikiran cinta yang lebih kuat.”
—‘Abdu’l-Bahá

Pendidikan

“Anggaplah manusia bagaikan lombong yang kaya dengan permata yang tak terkira nilainya. Pendidikan sahaja, boleh menyebabkannya untuk membongkarkan khazanahnya, serta membolehkan umat manusia bermanfaat daripadanya.”
—Bahá'u'lláh

Pengabdian

“Merit manusia terletak pada abdi dan sifat baik dan bukan pada paparan kemewahan dan kekayaan. Berjaga-jagalah supaya kata-katamu disucikan daripada khayalan sia-sia dan hasrat duniawi dan perlakuan-perlakuanmu disucikan daripada penipuan dan kesangsian. Jangan menghilangkan kekayaan hidupmu yang bernilai dengan mengejar minat yang jahat dan keji, atau mengizinkan usahamu dihabiskan untuk memajukan kepentingan peribadimu.”. 
—Bahá'u'lláh

Berserah kepada Tuhan

“Janganlah hilang kepercayaanmu pada Tuhan. Jadikan kamu sentiasa berharapan, kerana kurnia Tuhan tidak berhenti mengalir ke atas manusia... Dalam segala keadaan manusia berada terselam dalam lautan kurnia Tuhan. Oleh yang demikian, janganlah kamu kehilangan harapan dalam apa jua keadaan pun, tetapi jadilah kukuh dalam harapanmu.” 
—‘Abdu’l-Bahá

Doa

“Tiada ada apa-apa pun yang lebih manis di alam kewujudan ini selain daripada doa. Manusia harus hidup dalam keadaan berdoa. Keadaan yang paling diberkati ialah keadaan berdoa dan memohon dengan rendah hati kepada Tuhan. Doa itu merupakan perbualan dengan Tuhan. Pencapaian tertinggi atau keadaan yang paling manis tidak lain kecuali berbual-bual dengan Tuhan. Doa mewujudkan kerohanian, melahirkan kesedaran dan perasaan syurgawi, menurunkan tarikan-tarikan yang baharu dari Kerajaan dan menyebabkan kepekaan bagi kebijaksanaan yang lebih tinggi.” 
—‘Abdu’l-Bahá