Kelas untuk Kanak-kanak
Pendidikan moral dan rohani kanak-kanak mengambil kedudukan
penting dalam dunia di mana kegembiraan dan kemurnian zaman
kanak-kanak boleh dengan mudah dikuasai oleh materialisme.
Bahan-bahan yang digunakan dalam kelas ini menekankan
pemerolehan sifat-sifat rohani, contohnya, kebenaran,
kedermawanan, kesucian hati, dan kebaikan hati dan sebagainya,
yang dianggap sebagai sifat-sifat Tuhan yang terpancar dalam
cermin hati manusia.
Matlamatnya adalah untuk
kanak-kanak mencapai tahap di mana mereka dapat memahami dan
bertindak ke atas keutamaan untuk menyumbang kepada perkembangan
rohani mereka sendiri dan menyumbang kepada kesejahteraan
masyarakat.
Program Pemerkasaan Rohani Belia Muda
Program Pemerkasaan Rohani Belia Muda mendorong golongan muda
berusia 12 hingga 15 tahun bekerjasama dengan ibu bapa dan ahli
komuniti untuk menyumbang kepada kesejahteraan kejiranan mereka
dan dunia pada umumnya.
Program ini diasaskan pada idea
bahawa, untuk membantu golongan muda mencapai potensi tertinggi
mereka, pendidikan perlu menangani perkembangan intelektual dan
rohani mereka. Walaupun diilhamkan oleh Akidah Bahá'í, program ini
tidak mendekati pendidikan dalam cara pendidikan agama. Ia
menegaskan bahawa golongan muda mempunyai peranan penting dalam
membantu komuniti untuk berkembang.
Dalam kumpulan
ini, belia muda dibimbing oleh remaja yang lebih tua dan orang
dewasa muda, yang disebut sebagai "animator". Animator berusaha
untuk membangkitkan belia muda kepada potensi mereka sendiri,
menyalurkan tenaga mereka, dan mengembangkan bakat mereka untuk
berkhidmat kepada jiran, keluarga, dan rakan-rakan mereka.
Sepanjang jalan ini, banyak animator mendapati bahawa Program
Pemerkasaan Rohani Belia Muda mempengaruhi kehidupan mereka
sendiri dan kehidupan orang muda yang mereka bekerja bersama.
“Anggaplah manusia bagaikan lombong yang kaya dengan permata yang
tak terkira nilainya. Pendidikan sahaja, boleh menyebabkannya
untuk membongkarkan khazanahnya, serta membolehkan umat manusia
mendapat manfaat daripadanya.”
—Bahá'u'lláh