Kumpulan Belajar
Kumpulan belajar adalah sebuah kumpulan kecil yang mungkin bertemu
seminggu sekali untuk beberapa jam, biasanya di rumah salah
seorang ahlinya, untuk mempelajari bahan kursus. Bahan-bahan
termasuk petikan-petikan daripada tulisan Bahá’í yang berkaitan
dengan tema-tema dan tindakan-tindakan abdi tertentu. Antara
soalan yang diterokai oleh para peserta ialah cara untuk
mewujudkan persekitaran yang menghubungkan orang ramai dengan
kuasa-kuasa rohani yang dibebaskan melalui doa dan pengabdian;
bagaimana untuk memperkuat ikatan persahabatan dan mewujudkan
corak komunikasi yang bermakna dalam kalangan orang ramai daripada
pelbagai latar belakang; bagaimana untuk menjadikan pendidikan
kanak-kanak sebagai sebahagian daripada kehidupan komuniti;
bagaimana untuk membantu golongan muda mengembangkan keupayaan
intelektual dan rohani mereka; dan bagaimana untuk menghasilkan
dinamik dalam unit keluarga yang membawa kepada kemakmuran
kebendaan dan rohani.
Hasil daripada mengkaji bahan-bahan yang dipelajari
dan dengan sokongan daripada institusi mereka, para peserta
bangkit untuk menjalankan tindakan abdi yang tertentu. Lelaki dan
wanita, muda dan tua, menyedari bahawa mereka mempunyai kuasa
untuk membina semula dunia di sekeliling mereka. Apabila semakin
ramai orang menjadi komited kepada visi transformasi individu dan
kolektif yang dipupuk oleh kursus institut, keupayaan dibina
secara beransur-ansur dalam komuniti untuk mencerminkan corak
kehidupan yang menempatkan khidmat dan ibadah pada pusatnya.
Anda boleh memuat turun di sini, edisi terbaru buku pertama dalam urutan kursus utama kami, Renungan tentang Kehidupan Roh. Buku ini disediakan untuk sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam perbincangan global yang berlaku di masyarakat Baha'i di mana sahaja.
Semua dijemput untuk mempelajari buku dan merenungkan kandungannya dengan beberapa rakan. Anda dialu-alukan untuk menghubungi komuniti Baha’i berhampiran anda, menggunakan borang ini, jika anda ingin mempelajarinya dalam kelompok dalam talian yang lebih formal atau jika anda ingin meneruskan buku-buku lain dalam urutan kursus utama kami. Anda boleh menghubungi externalaffairs@bahai.org.my untuk mendapatkan bantuan, sekiranya perlu.
Kami hanya meminta agar buku atau bahagian daripadanya tidak dimuat naik ke laman web lain di internet atau ke platform penyimpanan awan atau digunakan untuk tujuan komersial atau dengan cara yang bertentangan dengan semangat bahan itu sendiri atau yang menyalahartikannya niatnya.
Klik di sini untuk memuat turun salinan Ruhi Buku 1: Renungan tentang Kehidupan Roh
Klik di sini untuk mencari kelompok belajar berhampiran anda untuk memulakan perjalanan anda untuk melalui jalan khidmat kepada umat manusia.