Mengukuhkan Perwatakan 
Ibadah dalam Komuniti

Perjumpaan Doa

Semangat persahabatan dan keharmonian yang mengikat kita bersama diperkuat melalui tindakan ibadah. Orang Bahá’í menganggap doa harian penting untuk pemeliharaan dan pertumbuhan rohani, sebagaimana makanan adalah penting untuk pemeliharaan fizikal. Melalui doa, seseorang memuji Tuhan, menyatakan cinta kepada-Nya, atau memohon kepada-Nya untuk hikmat atau bantuan.

Ia adalah amalan biasa bagi orang-orang Bahá'í berkumpul dengan rakan-rakan dan jiran mereka untuk berdoa. Perjumpaan doa diadakan di pusat komuniti atau di rumah satu sama lain dan merangkumi membaca doa dan petikan daripada kitab-kitab suci dalam suasana yang tidak formal, namun dengan hormat. Muzik dan lagu yang mengilhamkan jiwa sering disertakan. Tidak ada upacara; tiada individu yang mempunyai peranan khas. Perjumpaan yang mudah ini membawa semua latar belakang dan kepercayaan bersama dalam doa dan mewujudkan semangat penyatuan yang mula meresapi komuniti.

“Kumpullah bersama-sama dengan kegembiraan dan persahabatan dan bacalah ayat-ayat yang diturunkan oleh Tuhan yang maha pemurah. Dengan berbuat demikian pintu kepada pengetahuan yang sebenar akan terbuka kepada makhluk-makhluk batinmu, dan kamu akan merasakan rohmu diberkati dengan ketabahan dan hatimu penuh dengan kegembiraan berseri.”
—Bahá'u'lláh