‘Abdu’l-Bahá adalah anak kepada Bahá'u'lláh dan teladan sempurna
bagi jiwa dan ajaran Akidah Bahá'í. Seorang juara keadilan sosial
dan duta besar untuk kedamaian antarabangsa, Beliau mengabdikan
hidup-Nya untuk meneruskan tujuan Bapa-Nya dan mempromosikan
cita-cita Akidah.
Peranan yang dimainkan oleh ‘Abdu’l-Bahá sebagai
pemimpin rohani, penterjemah yang berwibawa, dan teladan sempurna
adalah unik dalam semua sejarah keagamaan. Bahá'u'lláh mengelar
anak-Nya sebagai "Pusat Waadat Saya" dan mengenal pasti
‘Abdu’l-Bahá sebagai pengganti-Nya dalam wasiat tertulis-Nya,
dengan demikian menjamin kesatuan akidah selepas kewafatan-Nya.
‘Abdu’l-Bahá, yang namanya bermaksud "Hamba Bahá," dilahirkan di
Tehran, Persia, pada tengah malam 22 Mei 1844, iaitu hari Báb
menyatakan bahawa umat manusia sedang memasuki kitaran keagamaan
yang baharu.
‘Abdu’l-Bahá adalah pembantu dan sahabat terdekat Ayah-Nya.
Sifat-sifat dalaman ‘Abdu'l-Bahá seperti kedermawanan,
kebijaksanaan dan kerendahan hati memenangi kekaguman Bahá'u'lláh
dan maka dikurniai gelaran "Sang Guru."
‘Abdu’l-Bahá
menjadikan kehidupan-Nya khidmat yang tak mementingkan diri kepada
orang lain. Beliau sering kali benar-benar memberikan pakaian
kepada orang lain. Apabila penganut-penganut awal Bahá’í dibuang
ke bandar penjara yang suram di 'Akká, ramai jatuh sakit dengan
demam kepialu, malaria, dan disenteri. ‘Abdu’l-Bahá membasuh,
menyuap, dan menghiburkan mereka.
Melalui
perjalanan-Nya dan pelbagai ceramah dan tulisan-Nya, ‘Abdu’l-Bahá
memainkan peranan utama dalam menggambarkan visi global
Bahá'u'lláh. Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang inti
pati rohani ajaran-ajaran Bapa-Nya, dan mampu mencerminkan
prinsip-prinsip ini dalam kehidupan-Nya sendiri.
Banyak
kisah tentang kesopanan, kebaikan hati, kerendahan diri, dan
kesetiaan-Nya kepada Tuhan adalah sumber inspirasi yang tinggi.
Kehidupan ‘Abdu’l-Bahá menunjukkan bagaimana pengabdian kepada
Tuhan menemui ungkapan dalam khidmat yang praktikal dan tak
mementingkan diri sendiri.
Semasa 'Abdu'l-Bahá meninggal dunia pada tahun 1921, Shoghi
Effendi, cucu-Nya yang berusia 24 tahun, merupakan seorang pelajar
di Oxford. Dikejutkan oleh berita sedemikian, beliau kembali ke
Palestin untuk mendapati bahawa 'Abdu'l-Bahá dalam Wasiat dan
Perjanjian-Nya, telah melantik beliau sebagai Wali dan ketua
sedunia bagi Kepercayaan Bahá'í. Pelantikan ini memberikan kepada
beliau kewibawaan tunggal untuk mentafsir dan menerangkan
tulisan-tulisan dan ajaran-ajaran suci Kepercayaan Bahá'í. Beliau
turut dipertanggungjawabkan untuk memajukan pertumbuhan komuniti
Bahá'í sedunia, yang dilakukan oleh beliau melalui satu siri
rancangan yang lebih rumit, setiapnya dalam jangka masa beberapa
tahun. Beliau menerangkan tentang perkara-perkara seperti
organisasi, pemilihan, dan fungsi institusi-institusi Bahá'í.
Lahirkan di 'Akká pada tahun 1897, pendidikan
sungguh-sungguh Shoghi Effendi dalam ajaran-ajaran Bahá'í
diuruskan sejak awal zaman kanak-kanak oleh datuknya, dengan-Nya
beliau memiliki hubungan erat. Setelah menguasai Bahasa Inggeris,
beliau berkhidmat buat sedikit masa sebagai salah seorang
setiausaha 'Abdu'l-Bahá.
Melalui bimbingan secara
besar-besaran yang diterima mereka daripada Shoghi Effendi, umat
Bahá'í dapat mengembangkan komuniti mereka ke seluruh dunia secara
seimbang. Pada masa kematian beliau pada tahun 1957, kira-kira
400,000 orang Bahá'í mendiami di lebih 200 buah negara, wilayah,
dan koloni. Selain itu, struktur institusi Kepercayaan tempatan
dan nasional telah dibangunkan secukupnya untuk membolehkan
pimilihan pertama badan pentadbiran Kepercayaan seluruh dunia
berlangsung dalam masa enam tahun kemudiannya.
Balai Keadilan Sedunia, badan pentadbiran antarabangsa Kepercayaan
Bahá'í, pertama kali dipilih pada tahun 1963.
Bahá'u'lláh
menetapkan institusi ini dalam Kitáb-i-Aqdas, Kitáb Maha Suci,
tempat simpan undang-undang dan ordinan Kepercayaan Bahá'í.
Bahá'u'lláh memberikan kuasa kepada Balai Keadilan Sedunia dengan
wibawa untuk menggubal undang-undang tentang semua perkara yang
tidak secara khusus disuratkan dalam Kitáb Suci Bahá'í, dan
berjanji bahawa keputusan institusi itu akan diilhami oleh Tuhan.
Balai Keadilan Sedunia merupakan duluan dalam
sejarah keagamaan. Sebelum ini belum pernah ada seorang
Manifestasi Tuhan secara jelas menetapkan penubuhan akan sebuah
institusi dengan mandat untuk mengekalkan integriti dan
fleksibiliti agama-Nya, melindungi perpaduan serta membimbing
pengikut pengikut-Nya, dan mengenakan pengaruh menguntungkan ke
atas kehidupan masyarakat.
Tidak ada sistem padri dalam Kepercayaan Bahá'í dan tidak ada ahli
daripada Balai Keadilan Sedunia yang boleh menuntut kedudukan
istimewa atau kewibawaan. Kewibawaan pula terletak pada institusi
dan keputusan kolektifnya dibuat, bukan pada individu yang
dipilih.
Balai Keadilan Sedunia mengarahkan pertumbuhan dan
perkembangan komuniti Bahá'í di seluruh dunia melalui satu siri
rancangan yang menggariskan matlamat, pendekatan, dan kaedah untuk
kemajuan sistematik dalam jangka masa yang tertentu. Bimbingan
mesranya memastikan kesatuan fikiran dan tindakan sebagai komuniti
Bahá'í mengembangkan kemampuannya untuk menyertai binaan peradaban
global yang damai, adil, dan makmur.
Tanggungjawab memupuk semangat masyarakat Bahá'í pada peringkat
kebangsaan terletak pada lebih 180 buah Majlis Rohani Kebangsaan
di seluruh dunia. Sembilanorang anggota majlis ini dengan penuh
mesra membimbing aktiviti-aktiviti komuniti Bahá'í untuk
menguatkan penyertaan mereka dalam kehidupan masyarakat.
Pada
peringkat tempatan, hal ehwal komuniti Bahá'í ditadbirkan oleh
sembilan orang anggota Majlis Rohani Tempatan yang dipilih. Di
bandar atau kota tempat sekurang-kurangnya sembilan orang dewasa
Bahá'í menetap, satu Majlis Tempatan akan dibentuk. Majlis ini
berfungsi untuk mempromosikan pendidikan rohani kanak-kanak dan
belia. Ia melindungi sumber komuniti dan dengan penuh mesra
menggalakkan bakat dan tenaga ahli-ahli komuniti.
Majlis
terpilih berfungsi sebagai sebuah badan dan membuat keputusan
melalui musyawarah. ‘Abdu’l-Bahá writes:
“Syarat pertama ialah kasih sayang mutlak dan harmoni antara
ahli majlis. Mereka mesti bebas daripada kerenggangan dan mesti
memperlihatkan Kesatuan Tuhan pada diri mereka. ”